Kisah Derita Gadis Ketumbuhan Ovari Meninggal Dunia 3 Minggu Seperti Jangkaan Pakar Buat Twitterjaya Bersedih
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kisah pilu mengenai pemergian seorang wanita Nur Jannah Jahari, memberi kesan yang mendalam kepada warga twitter yang mengikuti rapat perkembangan wanita berkenaan melalui seorang kenalannya, Aiennaa.
Terdahulu, Nur Jannah yang disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian ovari menyebabkan kan dia terpaksa menjalani pembedahan segera bagi membuang ketumbuhan tersebut.
Dipetik dari mStar, ketumbuhan itu bagaimanapun telah pecah dan merebak di seluruh bahagian perutnya.
Pasukan perubatan yang merawat Nur Jannah di sebuah hospital di JB kemudiannya memberikan pandangan, yang peluang wanita itu untuk bertahan lama agak tipis, dengan tempoh yang tinggal hanya dua minggu ke sebulan.
Aiennaa yang merupakan keluarga terdekat kepada Aidil, tunang Nurjannah kerap berkongsikan perkembangan keadaan arwah melalui akaun media sosialnya .
Mohon warga twitter untuk mendoakan sahabatnya
Ada perubahan yang positif pada Nur Jannah
Namun akhirnya mengumumkan pemergian wanita tersebut selepas 26 hari , seperti yang diramalkan doktor.
Tunang kecewa penyakit hanya diketahui selepas pembedahan
Tunangnya, Mohamad Aidil Haikal yang ditemu bual portal berkenaan bagaimanapun agak terkilan kerana mereka baru sahaja mengetahui tentang penyakit dan ramalan doktor selepas mereka bertunang.
Dia juga agak terkilan kerana hospital gagal mengesan penyakit Nur Jnannah lebih awal.
Rata-rata netizen yang mengikuti perkembangan wanita berkenaan bersedih dan mengucapkan takziah
Takziah kepada keluarga Nur Jannah, tunangnya Aidil, Aina
Innalillahiwainnailaihirojiun…