
Sultan Ismail Petra Mangkat
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ayahanda kepada Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra telah mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu pada pukul 8.11 pagi ini (28 Sept 2019)
Dipetik dari laman FB Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi, jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk istiadat penghormatan buat kali terakhir
“Dukacita dimaklumkan bahawa DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Al-Sultan Yahya Petra telah mangkat pada jam 8.11 pagi tadi di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan.
“Dijangka istiadat pemakaman akan dilangsungkan selepas solat asar di Makam Diraja Langgar Kota Bharu Kelantan,” tulis dalam posting yang dibuat kira-kira pukul 9 pagi ini.
Dipetik dari Malaysiakini, Timbalan Menteri Besar Kelantan telah mengesahkan perkara terbabit ketika dihubungi oleh portal berkenaan.
Al-Fatihah