
Ibu Sempat Campak Anak Ke Seat Belakang Sebelum Maut Kemalangan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hajat seorang wanita,Surawati Mohd untuk menyambut ulang tahun kelahirannya bersama anaknya di Cameroon Highlands tidak kesampaian apabila dia dan suami terkorban dalam satu kemalangan di Kilometer 134, Jalan Kuantan-Seremban berhampiran Muadzam Shah, Rompin.
Menerusi Kosmo, apa yang lebih menghayatkan hati ialah, Surawati sempat mencampakkan anak bongsunya ke tempat duduk belakang sebelum kereta mereka bertembung dengan sebuah lori.

Kaum keluarga tidak tahu mereka bertolak awak
Dipetik dari Berita Harian yang menghubungi adik Surawati, Syaidatul Afifah pasangan yang maut ini bersama tiga anak mereka yang tercedera sedang dalam perjalanan pulang ke kampung suami, Muhammad Noor Idham Ramli di Jempol Negeri Sembilan, sehari awal dari yang dijadualkan tanpa diketahui ahli keluarga yang lain
“Kakak memaklumkan mereka akan bertolak esok ke rumah mentuanya kerana anaknya tidak bersekolah malah keluarga abang ipar pun tak tahu lima beranak itu bertolak awal
“Mungkin lepas suaminya habis kerja awal pagi mereka terus bertolak ke Felda Lui dengan menaiki kereta Perodua Myvi” – kata Afifah

Hajak Tak Kesampaian Sambut Ulang Tahun Bersama Anak Sulung
Wanita ini juga bercadang meraikan ulang tahun kelahirannya yang kebetulan dalam bulan yang sama dengan anak sulungnya.
“Mereka kemudiannya merancang mendaki sebuah puncak gunung di Cameron Highlands sebelum meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Aryan Rizqy(anak sulung) yang genap enam tahun pada Sabtu ini di pusat penganginan itu.
“Saya difahamkan kakak saya (Surawati) turut berhasrat meraikan sama ulang tahun kelahirannya ke-33 lebih awal yang sepatutnya pada 30 Oktober depan bersama-sama anak sulungnya pada hari berkenaan,” katanya kepada portal Kosmo.

Arwah Muhammad Noor dan Surawati Mohd yang terkorban meninggalkan 3 orang anak, Arfaan Rakeen, Areesh Razeen dan Aryan Rizky yang dalam sekelip mata menjadi yatim piatu.