fbpx
Now Reading
Perompak Bersenjata Tenangkan Warga Emas Malah Enggan Menerima Wang Darinya

Perompak Bersenjata Tenangkan Warga Emas Malah Enggan Menerima Wang Darinya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang warga emas bukan sahaja tidak di apa-apakan dalam satu rompakan di Brazil, malah perompak berkenaan tidak mahu menerima wang milik wanita terbabit bahkan memberikan satu ciuman hormat di dahinya.

Kedengaran aneh bukan?

Namun kejadiaan berkenaan yang berlaku di sebuah sebuah farmasi di Amarente  Brazil berjaya di rakam sistem kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek bercakap dengan wanita berkenaan manakala rakannya merompak pekerja permis terbabit pada selasa lalu.

Wanita itu yang tinggal berdekatan dengan premis berkenaan difahamkan dengan rela hati mahu menyerahkan wang miliknya.

Perompak berkenaan yang wajahnya tidak dapat dikenal pasti kerana berhelmet bagaimapin bertindak menenangkan wanita itu dan mencium dahinya sambil berkata “Tidak puan, anda boleh duduk diam . Saya tidak mahu wang anda”

Pemilik farmasi itu, Samuel Almeida berkata perompak bersenjata terbabit menyerbu masuk ke kedainya dan memaksa pekerja untuk menyerahkan kesemua wang.

Difahamkan mereka melarikan US $240 (RM 1,003) bersama beberapa barangan lain. Susulan kejadian tersebut pihak polis kini sedang giat memburu suspek di kawasan kejiranan berkenaan.

Video pendek di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.