Akibat Salah Guna Dana Biasiswa, Lelaki Dipenjara 584 Tahun Dan 146 Sebatan Di Melaka

Benar kata orang, banyak manusia yang kecundang bila berurusan dengan wang, Apatah lagi jika wang tersebut nilainya begitu tinggi, pasti mampu mengaburi mata dan membutakan hati.

Itu yang menimpa seorang bekas pembantu tadbir Tabung Amanag Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) yang menyebabkan dia akhirnya dihukum penjara selama 584 tahun dan sebat 146 kali selepas mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen Melaka pagi tadi (13 November 2019)

Dipetik dari Harian Metro, Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Mohd Hanafi Ismail sebaik tertuduh membuat pengakuan terdapat 146 pertuduhan membabitkan kes pecah amanah dana biasiswa pelajar sekolah berjumlah lebih Rm 2.4 Juta

Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan menjadikan kesemuanya sekali 584 tahun dan 146 sebatan.

Dilakukan berulang kali dan berperingkat

Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan yang ketika itu bertugas sebagai pembantu tadbir dan mempunyai penguasaan harta iaitu peruntukan biasiswa pelajar sekolah di negeri terbabit melakukan pecah amanah jenayah berkaitan harta berkenaan di Unit Kewangan TAPEM di Bangunan Kota Cemerlang, Ayer Kerohs secara berperingkat antara 23 januari 2017 hingga 21 Disember 2018

Foto : Harian Metro

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang ketika itu bertugas sebagai pembantu tadbir menyalahgunakan harta dengan memasukkan peruntukan biasiswa pelajar ke dalam pelbagai akaun bank miliknya, perniagaannya, rakan dan keluarga sepanjang tempoh berkenaan.

Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan turut memohon mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya dengan mengambil kira kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius dan jumlah direkodkan tinggi, yang sepatutnya disalurkan kepada pelajar golongan asnaf lebih layak

Malah pindah pendakwaan turut menyatakan bahawa tiada sebarang baki daripada akaun itu dapat dipulangkan atau berjaya dirampas oleh SPRM.

Sementara itu, Mohd Nasir dalam penghakimannya menegur tertuduh supaya bertaubat dengan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan dan memulangkan wang yang diseleweng itu kepada kerajaan Malaysia jika ada, kerana dalam al-Quran ada menyebut, mengambil harta anak yatim adalah haram dan berdosa besar.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago