MABA Minta Maaf Isu Bendera Malaysia Bintang Lima, Polis Buka Kertas Siasatan

Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) hari ini memohon maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kesilapan memaparkan bendera Malaysia dengan lima bintang sewaktu majlis perasmian Kejohanan Bola Keranjang yang ke -28 semalam.

Bendera Malaysia dengan lima bintang itu dipaparkan di dua skrin besar bersama logo Westport ketika lagu Negaraku sedang dinyanyikan

“Semasa majlis perasmian itu, pasukan penyiaran kami secara tidak sengaja mempamerkan bendera Malaysia yang salah di skrin TV stadium kami.

“Kami memohon maaf di atas kesilapan itu dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk tindakan sedemikian. Tolong maafkan kami, kerana kami sentiasa berusaha untuk membangun dan mengembangkan sukan bola keranjang di Malaysia,” kata MABA melalui kenyataan di Facebooknya malam tadi.

Vide berdurasi 1 minit 42 saat yang tular di media sosial sejak malam tadi itu menimbulan rasa tidak puas hati masyarakat yang rata-ratanya mengecam tindakan penganjur dan mendesak MABA dikenakan tindakan sewajarnya kerana tidak peka dengan sensitiviti.

Dipetik dari laporan Malaysia Gazette, Westports Holdings Berhad (Westport) masih menunggu penjelasan lanjut daripada MABA dan kontraktor IT yang terlibat berhubung paparan klip video bendera Malaysia dengan lima bintang.

Difahamkan MABA juga sudah tampil ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 8 pagi tadi. Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim.

“Saya dimaklumkan, perunding IT yang dilantik oleh MABA untuk memainkan lagu Negaraku dan gambar bendera pada majlis tersebut dipercayai telah melakukan kesilapan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Polis Kuala Lumpur di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini hari ini

Malah turut Malzlan lagi, penganjur juga telah membuat laporan polis berhubung isu ini pada 10 pagi tadi.

“Kita telah buka kertas siasatan berhubung kes ini,” katanya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

3 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

5 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

21 hours ago