![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2019/11/Dai-Farhan-Buat-Report-Polis.jpg)
Da’i Farhan Buat Report Polis, Saman Kawan Baik Isteri Pertama
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kisah rumah tangga Da’i’ Farhan kecoh diperkatakan apabila muncul surat terbuka daripada seorang individu yang didakwa rakan baik isteri pertamanya yang menyatakan pendakwah itu berkahwin dengan janda anak lapan secara senyap-senyap dan tidak diredhai.
Baca artikel berkaitan: Isteri pertama Da’i Farhan Akhirnya Bersuara
Tidak tahan dengan gosip-gosip tersebut, Da’i Farhan akhirnya membuat laporan polis dan tuntutan saman terhadap individu berkenaan, yang dikenali sebagai Ches Al-Maliki. Dalam masa yang sama Difahamkan pendakwah itu juga bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa lagi individu di media sosial kerana didakwa menyebarkan fitnah terhadap dirinya.
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2019/11/Dai-Farhan-Buat-Report-Polis-1-1024x584.jpg)
Menurut Da’i Farhan atau nama betulnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, dua laporan polis dia telah dibuat bagi meneruskan tindakan selanjutnya.
Terdahulu Da’i Farhan mengumumkan telah bernikah buat kali ke dua dengan seorang janda beranak lapan sewaktu berada di Tanah Suci Makkah.