fbpx
Now Reading
Wow! Kerajaan Nepal Cadang Ajar Subjek Bahasa Melayu Di Sekolah

Wow! Kerajaan Nepal Cadang Ajar Subjek Bahasa Melayu Di Sekolah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pertemua dua hala antara Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik bersama rakan sejawat dari Nepal, Giriraj Mani Pokharel baru-baru ini ternyata menarik perhatian kerana di fahamkan Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi Nepal itu bercadang untuk memperkenalkan subjek bahasa melayu sebagai mata pelajaran elektif di sekolah negara mereka sana.

Dipetik dari Awani, Ini bagi melengkapkan para pelajar dengan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa itu untuk menceburi bidang profesional di Malaysia.

Perkara itu, bagaimanapun, perlu dibincangkan lebih lanjut dengan Kabinet Nepal dan pihak berkuasa relevan, kata Giriraj yang dalam masa sama menyambut baik saranan Maszlee yang Malaysia ingin menubuhkan institut bahasa untuk mengajar bahasa melayu kepada rakyat di sana.

Pertemuan Maszlee dan Giriraj baru-baru ini. Kredit : Bernama

Maszlee yang ditemui Bernama turut berkata :

“Terdapat kira-kira 357,000 rakyat Nepal berkerja di Malaysia ketika ini, terutamanya dalam sektor keselamatan (pengawal keselamatan), pembuatan dan hospitaliti.

“Mengajar BM dan menubuhkan institusi akan memberi manfaat apabila rakyat Nepal mahu bekerja di Malaysia kerana mereka akan mampu berkomunikasi dengan baik dan meningkatkan kerjaya mereka.”

Mereka berdua turut berbincang mengenai usaha meningkatkan dan menambahbaik pengajian Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dis sana.

“Menteri Nepal itu kagum dengan Sistem Latihan Berkembar dengan Jerman bagi TVET oleh negara kita dan bagi mereka, ia amat berguna.

“Ini kerana Nepal mahu mengeluarkan pekerja mahir untuk bekerja di luar negara dengan bayaran lebih baik dan mempunyai sijil TVET,” kata Maszlee.

Nepal sedang mencari peluang untuk menghantar pelajar mereka melanjutkan pelajaran peringkat ijazah lanjutan di Malaysia, dan menjalin kerjasama dengan universiti-universiti di Malaysia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.