fbpx
Now Reading
Subuh di KL, Labuan Dan Putrajaya Lewat 8 minit Bermula Esok

Subuh di KL, Labuan Dan Putrajaya Lewat 8 minit Bermula Esok

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bermula esok, 29 November 2019, masuk waktu Subuh bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan dilewatkan lapan minit berbanding takwim solat ynag telah tersedia ada.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataannya berkata tambahan lapan minit seperti yang dilaksanakan di Selangor pada pagi ini berikutan penukaran nilai kedudukan matahari bagi kiraan waktu Subuh daripada 20 darjah di bawah ufuk kepada 18 darjah.

Menurut beliau lagi, setiap darjah dikira empat minit, maka dua darjah menjadikan tambahan lapan minit.

Gambar Fail Mufti Wilayah sewaktu mencerap anak bulan menggunakan alat ‘Theodolite’ – Foto BH

Selain itu, pada dasarnya keputusan itu dipersetujui dalam Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-116 pada 20 hingga 21 November 2019 lalu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankannya untuk dilaksanakan di Wilayah Persekutuan selepas disyorkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan juga Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.

“Kami akan bahaskan secara khusus berhubung hukum solat Subuh yang sudah dilakukan sebelum ini berdasarkan kepada takwim sedia ada, dalam masa yang terdekat,”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.