fbpx
Now Reading
Nassier Wahab Meninggal Dunia

Nassier Wahab Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/azizul.khamis.94/posts/591073768314571

Penyanyi Era 80an Datuk Nassier Wahab, tahun disahkan meninggal dunia pada kira-kira 12:45 pagi tadi (5 Disember) di Pusat Pakar Universiti Malaysia (UMSC) pada umur 57 tahun.

Dipetik dari Astro Gempak, berita ini dikongsikan oleh rakan karib nya, Zur Eda yang juga penyanyi dari era yang sama dengan beliau menerusi perkongsian di aplikasi Whatsapp.

“Innalillahi-wainnaillah-hirojiun…Dukacita dimaklumkan Datuk Haji Nassier Wahab baru sahaja menghembuskan nafasnya terakhir pada pukul 12.45 pagi di UMSC.

“Mohon sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama roh para solihin,” tulisnya ringkas.

Zur Eda yang dihubungi pihak Gempak difahamkan sedang dalam perjalanan ke Hospital.

Seorang lagi sahabat sezaman dengan arwah iaitu Azizul khamis turut berkongsi perkhabaran duka tersebut di Facebook miliknya.

“Allahu Akbar. Al-Fatihah dengan bacaan untuk sahabat saya… Dato’ Nassier Wahab baru saja menghembuskan nafas terakhirnya malam ini tadi.”

“Al-Fatihah.. Semoga rohnya tenang di sana,” tulis Azizul menerusi hantaran Facebook.

Arwah yang membuat comeback dengan menyertai Gegar Vaganza (GV) musim kedua pada tahun 2015 sebelum kembali aktif dalam dunia hiburan difahamkan pernah dimasukkan ke dalam hospital untuk menjalani pembedahan membuang kelenjar dan ketumbuhan pada leher pada April tahun lalu.

Buzzkini mengucapkan takziah kepada keluarga dan sahabat handai Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan ahli syurga, Al-Fatihah

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.