fbpx
Now Reading
Rakyat Malaysia Antara Korban Gunung Berapi New Zealand

Rakyat Malaysia Antara Korban Gunung Berapi New Zealand

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kejadian Gunung Berapi White Island di New Zealand yang meletus secara tiba-tiba di New Zealand semalam dipercayai turut mengorbankan seorang rakyat Malaysia.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand hari ini mengesahkan seorang rakyat Malaysia maut ketika tragedi letusan gunung berapi di White Island yang berlaku semalam.

“Pagi ini, pada jam 9.30 pagi waktu tempatan, pihak Suruhanjaya Tinggi telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa New Zealand bahawa sekurang-kurangnya seorang mangsa yang terkorban adalah rakyat Malaysia,” kata kenyataan tersebut

Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia Di New Zealand turut meminta orang ramai untuk menghubungi mereka jika ada menerima maklumat tentang mana-mana rakyat Malaysia yang berada di lokasi letusan.

Sementara itu, pihak berkuasa New Zealand memberitahu lapan mangsa lagi masih hilang dan jumlah kematian setakat ini masih kekal lima orang.

Terdahulu, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden mengesahkan pelancong dari Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Malaysia antara mangsa yang hilang dan cedera berikutan ledakan gunung berapi tersebut.

Difahamkan ketika kejadian terdapat 47 orang pelancong dilaporkan ke pulau tersebut dimana 5 telah terkorban, lapan masih hilang, sejumlah tiga puluh satu orang sedang mendapatkan rawatan manakala tiga lagi dibenarkan keluar

Gunung berapi yang menjadi tarikan pelancong meletus secara tiba-tiba semalamsekali gus menimbulkan ketakutan kepada ramai pengunjung.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.