Now Reading
Gamer Tegar Mati Terminum Bahan Peluntur

Gamer Tegar Mati Terminum Bahan Peluntur

Seorang gamer tegar dari India yang baru berumur 20 tahun meninggal dunia selepas dikatakan tersilap minum bahan peluntur ketika khusyuk bermain permainan video atas talian di telefon pintarnya.

Ketika kejadian, mangsa Saurabh Yadav yang berasal dari Gwalior, Madhya, India dikatakan bermain game PlayerUnknown’s BattleGround (PUBG) di dalam kereta api yang di naiki bersama rakannya, Santosh Sharma dalam perjalanan sejauh 589 Km

Game PUBG yang menjadi kegilaan ramai Foto : PUBG

Yadav yang haus bagaimanapun terus mencapai botol minuman berhampirannya tanpa melihat botol dan kandungan air didalam minuman itu disebabkan terlalu fokus pada permainan tersebut.

Gambar sekadar hiasan

Meyakini botol itu adalah botor air miliknya, Yadav lantas meneguk air berkenaan sebelum dia merasakan badannya tiba-tiba bertukar menjadi panas. Dari situ baru pemuda malang itu menyedari botol berkenaan adalah botol kepunyaan rakannya yang tersimpan cecair pembersih bahan peluntur dan bukannya air minuman.

Rakannya cuba membantunya dengan meminta bantuan daripada kakitangan kereta api berkenaan , namun Yadiv meninggal dunia kerana mengalami keracunan melampau dan lambat di rawat kerana kereta api itu hanya berhenti apabila tiba di destinasinya .

See Also

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.