fbpx
Now Reading
Iklan ‘Sugar Daddy’ Di KL Ditarik Serta Merta

Iklan ‘Sugar Daddy’ Di KL Ditarik Serta Merta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai iklan yang terpampang di beberapa lokasi di Kuala Lumpur iaitu di Bangsar dan Bukit Kiara yang berunsurkan ‘pelacuran’ yang mempromosikan tawaran ‘sugar daddy’ kepada wanita muda, cantik dan sebagainya.

Iklan aplikasi temu janji ‘SugarBook’ ini bagaimapun dikatakan tidak mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Sehubungan itu, DBKL dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada YWP serta operator iklan iaitu Out of Home supaya segera membawa turun paparan iklan terbabit.

“Semalam DBKL telah menerima aduan yang ditularkan di media sosial berkenaan paparan iklan LED berkenaan yang sensitif dan berunsur lucah.

“Hasil siasatan DBKL mendapati pelesen struktur iklan merupakan milik YWP yang telah melantik Out of Home sebagai operator, ” memetik kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sebelum ini pemilik akaun Persatuan Pengguna Cyber Malaysia melalui status Facebooknya telah mendedahkan aplikasi Sugarbook adalah merupakan aplikasi perkhidmatan pelacuran.

“Untuk makluman pengguna siber, aplikasi itu merupakan laman sosial khusus bagi golongan wanita yang ingin mendapatkan ‘sugardaddy’ untuk tujuan seksual dan implikasi apps (aplikasi) ini sangat buruk buat masyarakat.

“Buat golongan isteri yang mempunyai suami berstatus kewangan yang tinggi, mungkin anda boleh cuba melihat aplikasi ini dalam telefon pintar suami anda,” tulisnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.