Izuan Ibrahim, Bekas Jurulatih Momota Kento Meninggal Dunia
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Takziah diucapkan kepada keluarga dan sahabat Allahyarham Izuan Ibrahim, bekas jurulatih pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota yang meninggal dunia semalam (23 Disember) di Hospital Kubang Kerian sekitar jam 7.30 malam.
Difahamkan Izuan yang juga merupakan bekas Ketua Jurulatih Badminton Perlis dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit kepala dan pemeriksaan mendapati ada pendarahan dalam otak dan darah beku.
Kisah Izuan yang sebelum ini pernah melatih Kento Momota di zaman remajanya menjadi tular di media sosial apabila Jepun membuat kejutan dengan muncul juara Piala Thomas pada tahun 2014.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut mengumumkan berita menyedihkan ini di Instagram mereka.
Dalam masa sama, Momota turut menzahirkan rasa dukacitanya atas pemergian bekas jurulatihnya itu. Pemain badminton no 1 dunia itu menerusi satu ciapan di Twitter berkata, tanpa Izuan belum pasti dia mampu berada di tahap sebegini.