fbpx
Now Reading
“Potong Elaun Ahli Politik Dan Menteri, Bukan Penjawat Awam Muda ” – Syed Saddiq

“Potong Elaun Ahli Politik Dan Menteri, Bukan Penjawat Awam Muda ” – Syed Saddiq

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B6dUEHLl6yN/

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi pekelilingnya beberapa hari lalu mengumumkan akan memasuhkan lapan elaun pada tahun hadapan antaranya BIPK, Bayaran Insentif Angkat Najis, Bayaran Insentif Menaip Jawi, Elaun Keraian kepada Setiausaha Sulit serta Setiausaha Sulit Kanan dan beberapa elaun lagi.

Menurut JPA pemberian BIPK tidak kekal serta boleh ditarik balik apabila skim-skim perkhidmatan berkenaan tidak lagi kritikal dan difahamkan ia hanya akan membabitkan pelantikan baharu yang dilantik mulai 1 Januari 2020, 

Namun Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq dalam satu perkongsian di Instagram seakan tidak bersetuju dengan perkara berkenaan malahan menyarankan agar memotong elaun ahli politik dan menteri, bukan dari kalangan doktor, ahli farmasi serta jururawat muda ini.

“Potong elaun ahli politik dan menteri, bukan penjawat awam muda. Saya berdiri di belakang doktor, ahli farmasi , jururawat dan semua mereka yang terbabit” tulis Syed Saddiq sebagai kapsyen.

Memetik dari video berkenaan Menteri Belia dan Sukan itu berkata : “Saya tidak bersetuju dengan pemotongan elaun krital bagi doktor dan jururawat muda”

“Sebagai permulaan, saya akan memotong pendek cuti tahunan saya, dan akan memulangkan setiap sen duit yang diterima sebagai ‘holiday’ elaun. Saya sudah kurangkan sepuluh peratus dari gaji saya dan pastikan yang lain akan kurangkan juga sehingga masalah ini selesai,”

“Ini berkaitan anak muda dalam sektor kerajaan, kita patut membela nasih mereka bukan menganaktirikan mereka. Ini adalah tanggungjawab kita bersama.

Tonton video ucapan di bawah :

Perkongsian Syed Saddiq ini mendapat respon baik dari ramai netizen terutamanya golongan belia yang menganggap hanya menteri itu sahaja yang memahami bebanan dan keluhan anak muda.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.