fbpx
Now Reading
“Kes Influenza Makin Meningkat Tapi Bekalan Ubat Berkurangan” – Pakar Pediatrik Dato’ Dr Musa Nordin

“Kes Influenza Makin Meningkat Tapi Bekalan Ubat Berkurangan” – Pakar Pediatrik Dato’ Dr Musa Nordin

Seorang pakar pediatrik Dato’ Dr Musa Mohd Nordin, baru-baru ini menyuarakan kebimbangan susulan dari peningkatan kes penyakit influenza yang ketara di Malaysia dimana kadar kenaikan yang direkodkan adalah dua kali ganda pada tahun 2019 berbanding tahun sebelumnya.

Dr Musa yang juga pakar perunding di hospital KPJ Damansara berkata, terdapat sejumlah 2076 kes direkodkan pada 2019 berbanding tahun sebelumnya dengan 1222 kes.

Dipetik dari Malaysiakini, beliau yang mengetuai unit kawalan penyakit berjangkit di hospital itu turut berkata bahawa hospital swasta lain turut merekodkan peningkatan sama dalam wabak influenza.

“Katil kami dipenuhi oleh pesakit yang mengalami selesema yang perlu diasingkan bagi mengelakkan jangkitan.

“Saya mempunyai empat orang dari satu keluarga (semua positif selesema) yang telah mendaftar keluar dari empat hospital sebelum diperiksa oleh saya – saya akhirnya perlu siapkan empat bilik untuk merawat seluruh keluarga ini.

“Jadi ada kenaikan kadar selsema di negara ini,” katanya kepada portal berita tersebut.

Peningkatan kes influenza menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan yang agak kritikal terhadap ubat antivirus Oseltamivir; yang lebih dikenali sebagai Tamiflu bagi merawata pesakit yang dijangkiti virus influenza.

“Kami sudah sampai ke 100 kotak yang terakhir manakala (hospital) lain ada yang kurang daripada ini. Bekalan tidak dijangka ada sehingga akhir Januari atau Februari,” katanya.

Dr Musa turut menambah bahawa perkara ini dibangkitkannya bukan untuk menimbulkan suasana panik tetapi untuk menggalakkan pengambilan vaksinasi influenza terutamanya bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi seperti :

  1. Kanak-kanak bawah 5 tahun
  2. Warga emas berusia 65 tahunke atas
  3. Wanita hamil
  4. Kakitangan penjagaan kesihatan
  5. Penghidap penyakit kronik seperti diabetes dan asma
  6. Mereka yang ingin melancong

Jangkitan virus influenza mungkin kelihatan seperti selesema biasa namun ia sebenarnya lebih parah kerana memberi kepada kepada sistem pernafasan sehingga boleh membawa kematian terutamanya pada kanak-kanak yang mempunyai sistem ketahanan badan (imun) belum matang

See Also

Virus ini boleh hidup di luar badan selama berjam-jam atau berhari-hari dan kebiasaannya biasanya tersebar melalui jangkitan batuk dan bersin.

Antara gejalanya adalah demam mencecah suhu 38 darjah Celcius, kesukaran bernafas, batuk kering, hidung tersumbat, sakit tekak, keletihan, sakit sendi, sakit kepala, cirit-birit, konjunktivitis, muntah-muntah dan sawan (di kalangan bayi).

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.