fbpx
Now Reading
Kadar Tol PLUS Akan Turun 18 Peratus – Tun M

Kadar Tol PLUS Akan Turun 18 Peratus – Tun M

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,semalam mengumumkan yang kadar tol Lebuhraya Plus Malaysia Bhd (PLUS) akan diturunkan 18 peratus tahun ini

Beliau sewaktu mengumumkannya berkata penurunan itu akan membabitkan semua lebuh raya kendalian PLUS dbagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat Malaysia.

Beliau berkata, penurunan kadar tol menyebabkan peningkatan aliran trafik namun kuasa beli dan nilai ringgit menurun termasuk perolehan PLUS berbanding perjanjian konsesi asal.

“Memang betul trafik akan meningkat, tetapi nilai ringgit dan kuasa beli akan menurun, jadi apa yang mereka (PLUS) peroleh tidak sebanyak seperti jika nak dibandingkan dengan perjanjian asal konsensi,” katanya kepada media selepas merasmikan Kompleks Balai Islam An-Nur, Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Dalam masa sama kerajaan tidak menjual konsesi lebuh raya PLUS kerana syarikat itu akan terus dimiliki Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurut beliau lagi, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira pelbagai faktor dikemukakan oleh syarikat swasta yang berminat memiliki syarikat lebuh raya utama berkenaan.

“Kerajaan sudah mempertimbangkan semua faktor serta bidaan diterima dan membuat keputusan untuk tidak menjual PLUS tetapi akan terus kekal dimiliki Khazanah dan KWSP,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.