fbpx
Now Reading
10 Remaja Mati Lemas Jambatan Gantung Putus Gara-gara Swafoto

10 Remaja Mati Lemas Jambatan Gantung Putus Gara-gara Swafoto

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Walaupun terdapat laporan yang mendakwa lebih ramai manusia maut akibat mengambil ‘selfie’ berbanding diserang jerung, ternyata masih rakyat orang yang mahu mengambil risiko dengan mengambil gambar sebegini.

Terbaru, sekumpulan 10 remaja yang sedang berswafoto di sebuah jambatan gantung maut apabila jambatan itu putus dipercayai kerana tidak dapat menampung berat berlebihan .

Dipetik dari Awani yang memetik Agensi Pengurusan Bencana Indonesia, kejadian yang berlaku di Desa Manau Sembilan II, Padang Gudi Hulu, Kabupaten Kaur, Kepulauan Sumatera pada Ahad lalu itu telah mengakibatkan 10 dari mereka mati lemas selepas hanyut ke dalam sungai.

“Semasa kejadian terdapat lebih 30 orang kebanyakannya pelajar berada di atas jambatan gantung itu.

Pasukan SAR sedang melakukan aktiviti menyelamat Foto : Basarnas Bengkulu/ VOA Indonesia

“Jambatan yang baru dibina itu mungkin tidak dapat menampung berat berlebihan menyebabkan ia terputus,” kata ketua agensi pengurusan bencana daerah berkenaan, Ujang Syafiri

“Operasi mencari dan menyelamat dihentikan serta-merta selepas semua mangsa yang hanyut ditemukan,” katanya.

Sumber Foto : Sinar Harian

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.