
Kerajaan Gantung Sementara Semua Kemudahan Imigresen Kepada Rakyat China dari Wuhan dan Wilayah Hubei
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kerajaan Malaysia hari ini telah mengambil keputusan menggantung sementara semua jenis kemudahan imigresen kepada rakyat China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya
Kenyataan yang disiarkan menerusi Pejabat Perdana Menteri (PMO) itu turut menyenaraikan kemudahan tersebut termasuk kemudahan tanpa visa (eNTRY), visa semasa ketibaan (visa on arrival), e-visa, dan visa manual.
“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira perkembangan terkini kes jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di negara China, khususnya di Wilayah Hubei tersebut dan ianya adalah berkuatkuasa serta merta.
“Kemudahan imigresen ini akan diberikan semula setelah keadaan kembali normal,” kata PMO dalam kenyataan itu lagi.
Kenyataan Akhbar: Kemasukan Pelawat China
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) January 27, 2020
Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen iaitu eNTRY, Visa on Arrival, e-visa dan visa manual kepada rakyat negara China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya. pic.twitter.com/hWcho99Yjz
Difahamkan kemudahan imigrisen ini akan diberikan semula apabila keadaan kembali normal.
Dalam masa sama kenyataan tersebut turut menerangkan yang Wisma Putra akan menyelaraskan keputusan itu bersama Kerajaan China.
Pihak PMO dalam kenyataan tersebut turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sah atau palsu berkenaan novel koronavirus ini yang dikhuatriri boleh menyebabkan ketidaktenteraman kepada masyarakat umum.