fbpx

Usahawan Jack Ma Derma RM 58.92 juta Untuk Bangunkan Vaksin Koronavirus

Usahawan terkenal dari China, yang juga pengasas Ali Baba.com, Jack Ma telah mendermakan 100 juta yuan (RM58.92 juta) melalui yayasannya dalam membantu pembangunan vaksin baharu bagi melawan koronavirus.

Dipetik dari Awani, yang memetik SBS, 40 juta yuan akan diberikan kepada dua buah organisasi penyelidikan kerajaan China manakala bakinya, 60 juta yuan akan digunakan untuk menyokong langkah pencegahan dan rawatan, umum Yayasan Jack menerusi media sosial mereka.

Setakat ini sudah ribuan orang dijangkiti dan membunuh sekurang kurang 170 orang. Foto : Forbes

Keputusan ini dilakukan, susulan pengumuman Alibaba, pada Sabtu lalu untuk membangunkan dana sebanyak 1 bilion yuan (RM59 bilion) bagi tujuan membeli bekalan perubatan untuk Wuhan dan seluruh wilayah Hubei.

Pasukan perubatan China yang sedang berjalan ke pusat kesihatan di Wuhan Foto : Forbes

Syarikat itu dalam masa sama turut menawarkan kepakaran komputer kepada organisasi penyelidikan saintifik dalam menjalankan kajian merawat atau vaksin.

Pelaburan itu dibuat susulan kejayaan saintifik sebuah institut dari Australia iaitu Institut Peter Doherty Melbourne yang berjaya mencipta koronavirus di dalam makmal sebagai langkah membangunkan vaksin.

Kajian Untuk Jangkitan dan Imuniti itu merupakan penyelidikan pertama dibangunkan di luar China.

See Also

Difahamkan hasil kajiannya akan dikongsi dengan pakar makmal lain yang bekerjasama rapat dengan Organisasi Kesihatan Dunia di Eropah termasuk makmal-makmal di Australia.

Perkongsian tersebut secara tidak langsung membantu dalam menilai keberkesanan cubaan vaksin itu.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.