fbpx
Now Reading
Koronavirus : Atiqah, Pelajar Malaysia Di China Dijangka Pulang Malam Ini

Koronavirus : Atiqah, Pelajar Malaysia Di China Dijangka Pulang Malam Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malaysia Gazette sebelum ini ada melaporkan mengenai seorang bapa yang merayu kepada kerajaan untuk membantu membawa pulang anaknya, Nurul Atiqah Adanan seorang pelajar Malaysia di Universiti Shandong, China yang terkandas Di Jinan, Shandong selepas usahanya untuk terbang pulang menemui jalan buntu.

Semuanya ekoran tindakan beberapa syarikat penerbangan yang menyekat pelancong dari negara China dalam usaha mereka mengawal penularan wabak koronavirus yang semakin mengganas.

Terbaru, keluarga Atiqah, sudah boleh menarik nafas lega selepas Atiqah dilaporkan sudah selamat tiba di kota Beijing semalam dengan menaiki kereta api subway atau kereta api bawah tanah dari Jinan sebelum dijadual berlepas pulang ke KLIA Malaysia malam ini.

Dipetik dari Metro, Adanan Long, bapa kepada Atiqah berkata perjalanan menaiki kereta api subway adalah ikhtihar terakhir gadis itu walapun dia menyedari risiko yang bakal ditempuh berikutan penularan wabak koronavirus baharu (2019-nCoV) di beberapa wilayah di China.

“Biarpun berisiko, yang penting Atiqah keluar dari wilayah berkenaan. Alhamdulillah anak saya dah selamat sampai di Beijing tengah hari tadi selepas bertolak dari Jinan yang mengambil masa dua jam.

Menurut Adanan lagi, Atikah yang juga merupakan penerima biasiswa daripada Kerajaan China dijangka akan berlepas pulang malam ini

“Atiqah beritahu dalam perjalanan dari Jinan ke Beijing, dia seorang saja penumpang dalam koc kelas pertama kereta api subway berkenaan.

“Atiqah dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing, Beijing ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 9.55 malam esok (malam ini), penerbangan yang mengambil masa lapan jam,” katanya ketika portal berita tersebut malam tadi.

Penuntut tahun dua Sarjana Pengajian China itu sebelum ini sudah membeli tiket penerbangan pulang ke tanah air yang akan transit ke Bangkok terlebih dahulu, namun masalah lain pula timbul kerana Thailand tidak lagi menerima kemasukan pengembara dari China.

“Paling penting Atiqah selamat sampai ke Kuala Lumpur, sekiranya dia perlu dikuarantin tidak apa, kami reda. Kami sekeluarga berharap perjalanan Atiqah akan dipermudahkan,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.