fbpx
Now Reading
H5N1 : Malaysia Tidak import Ayam Dari Kawasan Ayam Terkena Selsema H5N1

H5N1 : Malaysia Tidak import Ayam Dari Kawasan Ayam Terkena Selsema H5N1

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penularan H5N1 di sebuah ladang ternakan ayam di China benar-benar mengejutkan orang ramai sedangkan negara berkenaan dalam masa sama masih lagi bergelut dengan wabak koronavirus.

Buat penggemar ayam di Malaysia pasti ramai yang khuatir memandangkan ramai yang tahu bahawa negara kita ada mengimport ayam produk dari negara berkenaan.

Namun semuanya kini boleh menarik nafas lega apabila Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan berkata, Malaysia tidak mengimport haiwan hidup dan produk dari kawasan Shaoyang di wilayah Hunan, China, yang dilaporkan berlakunya wabak selsema burung H5N1.

Sebaliknya negara kita mengimport keratan ayam dari loji pemprosesan ayam di Liaocheng, Shangdong, yang terletak jauh dari bandar berkenaan iaitu kira-kira 1,313 kilometer (km) dari tempat kejadian.

Dipetik dari Harian Metro yang memetik laporan media tempatan, kerajan China melaporkan penularan H5N1 di sebuah ladang ternakan di bandar Shaoyang, dengan kira-kira 4,500 daripada 7,859 ayam yang diternak di ladang itu dilaporkan mati akibat jangkitan virus itu.

Menurut Quaza Nizamuddin, pihak berkuasa China sudah mengambil tindakan untuk mengawal penyakit berkenaan susulan laporan kes H5N1 itu.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga sentiasa mengambil sampel keratan ayam yang dibawa masuk untuk diuji bagi penyakit H5N1, katanya tadi.

“Setakat ini tiada sampel yang positif,” katanya.

DAam masa sama pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga juga akan ditingkatkan dan sampel akan diambil daripada setiap kosainmen untuk diuji, katanya.

Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan sentiasa memantau keadaan dan berhubung dengan World Animal Health Organisation (OIE) untuk mengetahui status kedudukan sebenar dari semasa ke semasa.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.