fbpx
Now Reading
Koronavirus : Filipina Catat 1 Kematian Pertama Di Luar China

Koronavirus : Filipina Catat 1 Kematian Pertama Di Luar China

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

 Seorang lelaki yang berumur 44 tahun meninggal dunia pada Sabtu lalu akibat koronavirus di Filipina, menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Difahamankan lelaki berkenaan yang merupakan korban pertama di luar China akibat virus tersebut sedang mengembara ke Filipina dan berasal dari daerah Wuhan,  iaitu lokasi pertama virus itu dikesan.

Setiausaha Jabatan Kesihatan Filipina (DOH), Francisco Duque III berkata, lelaki itu dimasukkan ke Hospital San Lazaro, Manila pada 25 Januari, dan dia adalah rakan kes pertama koronavirus di negara itu.

“Sejak dimasukkan ke hospital, pesakit mengalami radang paru-paru yang teruk. Beberapa hari lalu pesakit stabil dan menunjukkan pemulihan.

“Bagaimanapun, keadaan pesakit merosot dalam tempoh 24 jam lalu, sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

Pemeriksaan suhu sudah dilaksanakan di sekolah di Filipina Foto : Nytimes

Pihak DOH juga sedang bekerjasama dengan kedutaan China dalam proses menguruskan mayat lelaki berkenaan,

Negara Filipina ketika ini sudah menyekat kemasukan semua pengembara yang tiba dari China, Hong Kong dan Macau, kecuali warganegara dan penduduk tetap mereka.

Dalam pada itu, China mencatatkan 45 lagi kematian menjadikan jumlah kematian di China akibat koronavirus kepada 304 dan jumlah mereka yang dijangkiti juga meningkat kepada lebih 9,000 setakat semalam.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.