fbpx
Now Reading
Koronavirus: KKM Sahkan Seorang Rakyat Malaysia Positif

Koronavirus: KKM Sahkan Seorang Rakyat Malaysia Positif

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya apa yang ditakuti oleh semua penduduk Malaysia sudahpun terjadi apabila seorang rakyat negara kita disahkan positif korona virus

Perkara tersebut yang disahkan oleh Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan media perkara berkenaan berkata dua kes terbaharu yang dikesan di negara ini, dengan kes pertama melibatkan seorang rakyat China manakala kes kedua yang melibatkan rakyat negara kita menjadikan keseluruhan kes positif Koronavirus di Malaysia sebanyak 10 kes

Difahamkan lelaki rakyat Malaysia tidak ke China dalam tetapi mempunyai sejarah perjalanan ke Singapura dari 16 hingga 23 Januari 2020, bagi menghadiri mesyuarat yang turut dihadiri oleh beberapa delegasi antarabangsa termasuk negara China.

Namun buat masa ini belum ada kepastian di mana pesakit berkenaan dijangkiti virus itu. 

“Pada 29 Januari 2020, beliau telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor kerana demam dan batuk.  Selanjutnya beliau telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 2 Februari 2020 dan dimasukkan ke wad isolasi,” ujar Dr Dzulkefly.

Beliau disahkan positif 2019-nCoV pada 3 Februari namun setakat ini berada dalam keadaan stabil.

Saksikan video sidang media di bawah :


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.