Rakyat Kanada Disyaki Positif Koronavirus Di Bawa Ke HKL
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan seorang wanita warga Kanada telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana dikhuatiri dijangkiti Novel Koronavirus (2019-nCoV) di KLCC harini
Menurut Dr Dzulkefly, Kementerian Kesihatan akan memberikan perkembangan semasa mengenai keadaan wanita berkenaan.
“Ya saya pun baru dapat berita itu. Saya kira pasukan Hazmat (Unit Bahan Berbahaya) itu datang dalam entiti yang lengkap (semasa kejadian) dan kita perlu berjaga-jaga.
“Mereka telah dibawa ke hospital HKL. Kami akan maklumkan perkembangannya. Kami akan berkomunikasi dengan pihak media,” katanya dalam satu sidang media di kementeriannya di sini petang Rabu.
Beliau menjawab apabila diajukan soalan oleh pemberita mengenai foto-foto tular pasukan Hazmat dan anggota polis yang dilihat berada di Menara 3 Petronas, bangunan KLCC, pagi tadi.
Dalam pada itu memetik dari mStar, sumber Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa HKL masih menyiasat kes tersebut.
Menurut sumber berkenaan, sehingga kini masih belum ada pengesahan sama ada pesakit tersebut, seorang remaja perempuan warganegara Kanada berusia 17 tahun, positif 2019-nCoV atau sebaliknya
Terdahulu tular beberapa keping gambar yang menunjukkan pasukan Hazmat dilihat berada di bangunan KLCC susulan panggilan yang diterima daripada Twin Tower Medical Clinic (TTMC) mengenai seorang individu didakwa disyaki positif 2019-nCoV.