Angka Korban Koronavirus Kini Cecah Lebih 1,000 Orang

Nampaknya angka korban koronavirus (2019-nCoV) semakin hari semakin meningkat, jika sebelum ini angka korban sudah melepasi angka korban SARS pada tahun 2002/2003 terbaru angka korban sudah meningkat kepada 1,016.

Pihak berkuasa China pada Ahad lalu dalam usaha untuk mengawal wabak telah mengeluarkan arahan supaya pekerja dan peniaga diberi cuti tambahan selama 10 hari lagi berikutan peningkatan jumlah kes jangkitan dan kematian akibat virus tersebut.

Memetik dari Awani, sebanyak 108 kematian telah dilaporkan berlaku dalam tempoh masa 24 jam yang lalu.

Ramai juga pesakit koronavirus yang sudah pulih sepenuhnya Foto: Malaysiadateline

Laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan negara juga turut memaklumkan jumlah kematian harian akibat virus berkenaan di negara itu juga telah mencecah lebih 100 orang berbanding sebelum-sebelum ini.

Walau bagaimanapun jumlah keseluruhan kes positif 2019-nCoV dalam masa 24 jam yang lalu turun kepada 2,478, berbanding 3,062 kes pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan kes 2019-nCoV di tanah besar China setakat ini sebanyak 42,638 orang, dimana sebahagiannya telah menjalani rawatan, pulih dan dibenarkan pulang.  

Dalam pada itu ,kebanyakan pejabat dan kedai di kawasan yang kurang terjejas sudah mula dibuka semula namun masih ramai penduduk yang masih mengambil langkah berjaga-jaga dan memilih untuk berada di dalam rumah masing-masing.

Pihak berkuasa kesihatan awam ketika ini sedang memantau rapat perkembangan terbaharu di negara itu terutama pekerja yang mula pulang ke bandar bagi menyambung pekerjaan mereka.


Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

13 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

20 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

3 days ago