fbpx
Now Reading
WHO Umum ‘COVID-19’ Nama Baru Kronavirus

WHO Umum ‘COVID-19’ Nama Baru Kronavirus

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Wabak koronavirus yang berasal dari Wuhan, China yang mengejutkan masyarakat dunia kini telah di beri nama baru iaitu Covid-19 menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, yang menjelaskan bahawa co bermaksud ‘korona’, vi (virus) dan d (penyakit), dalam satu taklimat media di Geneva, Switzerland.

“Kami kini mempunyai nama bagi penyakit #2019nCoV : COVID-19,” katanya dalam siaran video di laman Twitter rasmi WHO.

“Di bawah garis panduan yang dipersetujui antara WHO, Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), kami harus mencari nama yang tidak merujuk kepada lokasi geografi tertentu, haiwan, individu atau mana-mana kumpulan manusia dan berkaitan dengan penyakit ini.

Sidang media sewaktu pengumuman nama baharu Covid-19 Di Geneva, Switzerland Foto : Xinhua Agency

“Dengan adanya nama (rasmi) ia dapat mengelakkan penggunaan nama lain yang tidak tepat dan menimbulkan stigma. Ia juga memberikan kami format standard untuk digunakan bagi sebarang wabak koronavirus pada masa depan,” katanya.

Covid-19 sehingga kini sudah membabitkan 42,708 kes positif dan mencatatkan lebih 1,000 kematian di China jauh meninggalkan angka korban SARS yang pernah terjadi pada tahun 2003

Selain Republik China, terdapat 393 kes dilaporkan di 24 negara termasuk 18 kes di Malaysia manakala satu kematian dilaporkan di Filipina dengan majoritinya pesakit adalah rakyat yang berasal dari China.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.