fbpx
Now Reading
Emak Durjana Gantung Dua Anak Sampai Mati, Lakukan Seks Dengan Anjing

Emak Durjana Gantung Dua Anak Sampai Mati, Lakukan Seks Dengan Anjing

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang ibu kebiasaannya bersikap lembut, penuh dengan sifat kasih sayang , malah menyayangi kesemua anaknya. Mereka hanya akan bertukar karakter menjadi seorang yang tegas dan garang sewaktu mendidik anak mereka .

Namun lain pula bagi Lisa Snyder yang berasal dari Pennsylvania ini, dimana dia kini sedang dibicarakan atas tuduhan menggantung  dua anaknya hingga mati menggunakan tali kolar anjing di ruang bawah rumah mereka .

Conner, 8, dan Brinley,4 yang ditemukan tergantung pada 23 september tahun lalu masih lagi bernyawa, namun disahkan meninggal dunia tiga hari kemudiannya sewaktu sedang menjalani rawatan di Hospital Lehigh Valley.

Semasa prosiding perbicaraan, si ibu mendakwa anak sulungnya,Conner yang tertekan akibat sering dibuli di sekolah membunuh adiknya sebelum menggantung dirinya sendiri.

Namun keterangan itu sukar diterima kerana pihak pendakwa tidak menemui sebarang bukti kukuh dari keterangannya .

Sebaliknya pasukan penyiasat menemui bukti bahawa si ibu ada membuat carian ‘cara menggantung diri ‘di Google serta carian mengenai tempoh masa untuk seseorang mati akibat terhidu gas karbon monoksida.

Tambah menjelikkan apabila Lisa,37 turut didakwa berlaku kejam dengan haiwan dan mengadakan hubungan seks dengan anjing.

 Dennis Charles, peguam yang mewakili Lisa,bagaimanapun berkeras bahawa mahkamah tidak mempunyai bukti kukuh untuk membicarakan anak guamnya.

“Mahkamah hanya membuat spekulasi tanpa bukti bahawa Lisa Synder menggantung anak-anaknya,” katanya.

Hakim Kim Bagenstose bagaimanapun tidak bersetuju dan memaklumkan sudah cukup bukti untuk membuat pertuduhan ke atas wanita itu.

Kes akan disebut semula pada 12 Mac depan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.