fbpx
Now Reading
Larry Tesler, Pencipta ‘Copy, Cut dan Paste’ Meninggal Dunia

Larry Tesler, Pencipta ‘Copy, Cut dan Paste’ Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Larry Tesler orang yang bertanggungjawab mencipta fungsi ‘Copy , cut & paste’ telah meninggal dunia pada usia 74 tahun

Ikon terkenal dalam industri perkomputeran itu  mula bekerja di Silicon Valley di sekitar awal 60an, zaman dimana komputer masih belum digunakan oleh kebanyakan manusia.

Memetik BBC, Xeros sebuah syarikat IT dimana Tesler menghabiskan sebahagian besar zaman pekerjaannnya telah mengadakan satu majlis bagi menghormati diri

“Pencipta ‘cut/copy & paste’ serta ‘find & replace’ iaitu Larry Tesler pmerupakan bekas penyelidik di Xerox.

“Semua kerja anda kini lebih mudah, terima kasih kepada idea revolusi Tesler,” kata syarikat itu.

Larry Tesler di hadapan Komputer Alto sewaktu bekerja di Xeros di sekitar 1970an Foto :NyTimes

Tesler yang dilahirkan di Bronx, Newyork pada 1945 telah menyambung pengajian tingginya di Universit Stanford di California sebelum bekerja di Xerox Palo Alto Research Center (PARC) dengan kepakaran utamanya dalam Reka bentuk User Interface (UI)

Dia kemudiannya ditawar menyertai Apple oleh Steve Jobs dan kekal bersama syarikat berkenaan selama 17 tahun seterusnya dilantik sebagai ketua saintis.

Selepas meninggalkan syarikat gergasi teknologi itu, Tesler menubuhkan syarikat sendiri dalam industri pendidikan selain turut menyertai beberapa lagi syarikat besar IT seperti Amazon dan Yahoo .

Dalam satu temubual bersama BBC di Silicon Valley pada tahun 2012, Tesler menyatakan : ” Ada satu perkara yang seharusnya kamu buat- Selepas kamu sudah berjaya membuat duit , kamu tidak sepatutnya bersara, kamu harus luangkan masa yang kamu ada untuk menyumbang pada syarikat lain”

Tesler sewaktu di PC Forum pada 1989 Foto : BBC

” Ia adalah satu perasaan yang mengujakan apabila kamu dapat berkongsi apa yang telah kamu pelajari kepada generasi seterusnya”

Satu yang menarik mengenai fungsi ‘cut’ dan ‘paste’ pada komputer adalah ianya di inspirasi dari satu kaedah lama dalam menyunting ; gunting dan potong bahagian yang diperlukan seterusnya menampalnya di tempat lain menggunakan gam.

Arahan itu dimasukkan dalam perisian Apple melalui komputer Lisa pada 1983 seterusnya pada komputer Macintosh setahun berikutnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.