fbpx
Now Reading
11 Ahli Parlimen PKR Termasuk Azmin Keluar Parti, Bentuk Blok Bebas Di Parlimen

11 Ahli Parlimen PKR Termasuk Azmin Keluar Parti, Bentuk Blok Bebas Di Parlimen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelas Ahli Parlimen PKR, dengan 4 darinya sebelum ini merupakan Menteri Persekutuan tengahari tadi mengisytiharkan keluar dari parti dan muafakat Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen.

Ini termasuk dua pemimpin kanan PKR iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak dan YB Zuraida Kamaruddin , Ahli Parlimen Ampang yang dipecat berkuatkuasa serta-merta selepas satu mesyuarat tengahari tadi.

“Kami, Ahli-Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) mengisytiharkan keluar daripada Keadilan dan muafakat Pakatan Harapan, bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen,” menurut kesemua mereka dalam satu kenyataan yang dikongsikan oleh Ahli Parlimen Gombak itu.

Berikut ialah senarai penuh Ahli Parlimen PKR yang mengisytihar keluar parti dan PH bagi membentuk blok bebas di Parlimen

1. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ( Menteri Hal Ehwal Ekonomi)
Ahli Parlimen Gombak

2. Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
Ahli Parlimen Ampang

3. Datuk Saifuddin Abdullah ( Menteri Luar Negeri)
Ahli Parlimen Indera Mahkota

4. Baru Bian (Menteri Kerjaya)
Ahli Parlimen Selangau

5. Datuk Kamaruddin Jaffar
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak

6. Datuk Mansor Othman
Ahli Parlimen Nibong Tebal

7. Datuk Rashid Hasnon
Ahli Parlimen Batu Pahat

8. Datuk Seri Dr. Santhara Kumar
Ahli Parlimen Segamat

9. Ali Biju
Ahli Parlimen Saratok

10. Willie Mongin
Ahli Parlimen Puncak Borneo

11. Jonathan Yasin
Ahli Parlimen Ranau


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.