Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Selepas mengejutkan ramai pihak dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, Tun Mahathir Mohammad sekali membuat kejutan apabila turut melepaskan jawatan yang dipegangnya sebagai Pengerusi Bersatu.
Peletakan jawatan ini juga diumumkan selepas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan yang partinya keluar dari Pakatan Harapan
Memetik dari kenyataan media yang dilakukan oleh Pejabat Pengerusi Bersatu itu, surat perletakan jawatan Tun M telah pun dihantar ke ibu pejabat Bersatu hari ini
” Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
“Surat tersebut telah dihantar kepada Ibu Pejabat BERSATU hari ini” sebut kenyataan itu lagi