fbpx
Now Reading
YDPA Terima Perletakan Jawatan Tun M, Lantik Tun Sebagai Perdana Menteri Interim

YDPA Terima Perletakan Jawatan Tun M, Lantik Tun Sebagai Perdana Menteri Interim

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah berkenan menerima peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Memetik Awani yang memetik Ketua Setiausaha Negara(KSN), Baginda YDPA bagaimanapun telah berkenan melantik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu

Pelantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim itu dilakukan mengikut Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan

Foto : Unit Fotografi JPM

“Justeru dalam tempoh ini, beliau akan menguruskan pentadbiran Negara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik dan kabinet dibentuk,’ kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.

Dengan ini , Tun Mahathir akan menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan anggota Kabinet baharu dilantik.

Memetik dari BH! Tun M menghantar surat peletakan jawatannya itu ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini di Istana Negara.

Terdahulu Tun M mengejutkan ramai pihak apabila meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke- 6 dan kemudiannya turut meletakkan jawatan sebagai pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.