fbpx
Now Reading
Blok Pembangkang Minta Parlimen Dibubar, GPS Ikrar Sokong Tun

Blok Pembangkang Minta Parlimen Dibubar, GPS Ikrar Sokong Tun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gabungan blok pembangkang yang dianggotai beberapa parti besar seperti UMNO, PAS, MCA, MIC dan PBRS pada selasa sepakat meminta Parlimen dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut politik yang belum nampak tanda-tanda akan reda.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, dalam satu sidang media berkata syor berkenaan telah dikemukakan oleh gabungan Muafakat Nasional sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan ianya juga sudah dipersembahkan kepada baginda.

“Maka setelah berbincang kami tidak boleh menyembunyikan daripada pengetahuan rakyat.

Tidak perlu timbul teka-teki, mandat harus dikembalikan kepada rakyat dengan pembubaran Parlimen,” kata Annuar dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi yang turut dihadiri Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

“Berasaskan kemungkinan mahu dibentuk kerajaan perpaduan secara prinsipnya ia banyak bercanggah dengan dasar yang ditetapkan parti. Apa-apa perkiraan mestilah atas dasar parti.

Blok pembangkang mengubah pendirian itu selepas terdapat cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan membabitkan beberapa pemimpin parti politik termasuk DAP.

“Selepas parti berbincang, kita tidak boleh menyembunyikan kepada rakyat dan mohon Parlimen dibubarkan. Biarlah rakyat yang menentukan

“Kami tidak boleh bersekongkol dengan DAP. Sehubungan itu, kami sebulat suara tidak akan sertai kerajaan,” kata Annuar lagi yang bersedia  sedia menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya Perdana Menteri Interim itu bersetuju membentuk satu gabungan baharu tanpa melibatkan parti DAP.

Namun lain pula pendirian yang diketengahkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) melalui Setiausaha Agung nya, Datuk Alexander Nanta Linggi bahawa mereka menyokong penuh kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Sokongan itu telah disampaikan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS sewaktu menghadap Yang di-Pertuan Agong, pada Ahad lalu

“Ketua Menteri Sarawak telah mendapat mandat sebulat suara daripada Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS dan kesemua Ahli Parlimen GPS memberikan sokongan kepada Tun Dr Mahathir untuk terus menerajui kepimpinan Malaysia demi kepentingan negara,” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof turut berkata kesemua 18 Ahli Parlimen turut menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menghadap YDPA pada selasa.

“Ahli-Ahli Parlimen GPS telah dipanggil  menghadap seorang demi seorang, antara dua ke tiga minit setiap seorang, serta turut diminta mengisi borang mengenai siapa yang mereka sokong untuk menerajui kepimpinan negara.

“Seperti yang telah dipersetujui sebulat suara oleh kepimpinan tertinggi GPS, kesemua 18 Ahli Parlimen GPS menyatakan sokongan kepada YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.