Now Reading
Dr Wan Azizah Selesai Kemas Pejabat

Dr Wan Azizah Selesai Kemas Pejabat

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat meninggalkan Bangunan Perdana Putra di sekitar jam 11.25 pagi.

Memetik BH Online beliau yang berada di bangunan itu kira-kira sejam turut ditemani anaknya, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Difahamkan Dr Wan Azizah hadir ke bangunan berkenaan untuk mengemas dan mengambil barangan miliknya.

Terdahulu Tun Dr Mahathir Mohamad mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan perletakan jawatannya selaku Perdana Menteri Malaysia ke-7 sekali gus menyaksikan Kabinet Pakatan Harapan terbubar.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menerima perletakan jawatan Dr Mahathir itu bagaimanapun kemudiannya berkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim .

Ini sekaligus menidakkan dakwaan khabar angin yang bertiup mengatakan bahawa Dr Wan Azizah bakal dilantik sebagai perdana menteri Interim

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.