fbpx
Now Reading
Sah! PH Kemuka Anwar Ibrahim Sebagai Calon PM Bukan Tun M

Sah! PH Kemuka Anwar Ibrahim Sebagai Calon PM Bukan Tun M

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pakatan Harapan akhirnya menyembahkan nama calon Perdana Menteri kelapan daripada PKR kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Perkara itu yang sebelum ini dinafikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kepada media akhirnya disahkan melalui satu kenyataan media dengan menamakan Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai calon PM ke 8 .

“Hari ini Ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan daripada KEADILAN, DAP dan Amanah telah mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri bagi kerajaan Pakatan Harapan”

“Ekoran cubaan menubuhkan kerajaan secara pintu belakang Tun Dr Mahathir telah meletak jawatan sebagai PM. Keputusan BERSATU keluar dari Pakatan Harapan pada Isnin lalu disusuli peletakan jawatan Tun sebagai Pengerusi BERSATU.

Anwar adalah Calon Pm ke 8 kerajaan PH


“Sehubungan itu, Majlis Presiden Pakatan Harapan telah menjemput Tun Dr Mahathir untuk mempengerusikan mesyuarat itu bagi memulihkan kerajaan Pakatan Harapan, namun Tun tidak bersetuju untuk hadir dalam mesyuarat tersebut pada hari petang Selasa, 25 Februari.

“Justeru itu, keputusan Majlis Presiden Semalam telah menetapkan bahawa calon perdana menteri pakatan harapan adalah Anwar Ibrahim

Dalam laporan media sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen dari PKR antaranya Datin Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju berkata sudah menandatangani akuan bersumpah menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.