fbpx
Now Reading
Covid 19 : Arab Saudi Gantung Kemasukan Jemaah Umrah

Covid 19 : Arab Saudi Gantung Kemasukan Jemaah Umrah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ekoran dari penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19) ke Timur Tengah , kerajaan Arab Saudi mengumumkan menggantung sementara kemasukan jemaah untuk memasuki negara itu bagi mengerjakan umrah pada Khamis.

Ini bertujuan membendung jangkitan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan. Selain itu, penggantungan ini turut melibatkan program ziarah Masjid Nabi di Madinah.

Kenyataan itu yang dikeluarkan Kementerian Luarnya juga berkata kerajaan Arab Saudi dalam masa sama turut menggantung kemasukan ke Arab Saudi bagi  individu yang menggunakan visa pelancong dari negara-negara yang terjejas akibat ancaman COVID-19

Foto Via Says

Memetik Awani yang memetik Arab News, garis panduan yang dikeluarkan dalam usaha mengekang virus itu juga termasuklah penggantungan perjalanan ke dan dari Arab Saudi bagi warganegara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang menggunakan kad pengenalan kebangsaan.

Sebagai rekod hampir 7 juta jemaah mengerjakan umrah di Arab Saudi setiap tahun, dengan majoriti daripada mereka mendarat di lapangan terbang di Jeddah dan Madinah.

Foto : mStar

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.