fbpx
Now Reading
Tun M Sedia Surat Kepada YDPA Perjelas Kini Miliki Sokongan 114 Ahli Parlimen

Tun M Sedia Surat Kepada YDPA Perjelas Kini Miliki Sokongan 114 Ahli Parlimen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menjadi Perdana Menteri ke-18, PH mendakwa mereka kini memiliki 114 sokongan ahli parlimen yang menyokong Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri ke 8

Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi BERSATU menyatakan enam Ahli Parlimen dari parti itu kini bersamanya sekali gus menjadikan keseluruhan Ahli Parlimen menyokongnya sebagai Perdana Menteri adalah 114 orang.

Perdana Menteri interim itu dalam masa sama sudah menyediakan surat untuk dihantar kepada YDPA bagi menerangkan keadaan semasa serta jumlah sokongan Ahli Parlimen yang diberikan kepadanya.

“Saya ingin jelaskan sebagai Pengerusi PPBM, saya bersama lima lagi Ahli Parlimen PPBM tidak lagi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam kenyataan media di Kuala Lumpur malam ini.

Tun Dalam masa turut memuat naik senarai 114 ahli parlimen yang difahamkan sudah menandatangani SD menyokongnya sebagai PM ke-8 :

Ianya tidak sampai beberapa jam selepas majlis menandatangi SD oleh Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian yang disiarkan menerusi satu siaran langsung di Facebook Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, yang didakwa sebagai individu ke-114 yang menandatangani SD berkenaan.

Selain Tun M , lima lagi ahli dewan rakyat dari Bersatu yang masih menyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, Mazlee Malik dan Eddin Syazlee Shith.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.