fbpx
Now Reading
Tipu Urusan Sijil Halal & Sijil KKM Produk Jamu, Isteri Juara Program Da’i Ditahan Polis

Tipu Urusan Sijil Halal & Sijil KKM Produk Jamu, Isteri Juara Program Da’i Ditahan Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang isteri kepada juara program realiti keagamaan, Da’i telah ditahan polis selepas dipercayai menipu seorang pelanggan semalam.

Memetik Metro, wanita berusia 40 tahun itu telah ditahan di pejabatnya di Desa Melawati, Kuala Lumpur susulan satu laporan polis yang telah dibuat mangsa di sekitar Oktober tahun lalu.

“Mangsa pernah berurusan dengan wanita berkenaan pada tahun 2017 yang menjanjikan menguruskan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk jamu.

“Mangsa sudah membayar kira-kira RM11,000 kepada wanita terbabit namun sehingga tahun lalu tiada proses dijalankan dan mangsa merasa tertipu,” kata sumber itu lagi.

Tambahnya polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut dan dalam masa sama sedang mendapatkan perintah reman terhadap suspek.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.