fbpx
Now Reading
“Wabak Koronavirus Kini Bermutasi Lebih Agresif” – Saintis

“Wabak Koronavirus Kini Bermutasi Lebih Agresif” – Saintis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Boleh dikatakan wabak Covid-19 semakin hari semakin membimbangkan. Angka korban di China sahaja sudah melebih 3000 orang malah negara kita juga sudah mencatatkan peningkatan kes selepas kesemua pesakit gelombang pertama sembuh menjadikan keseluruhan kes di Malaysia kepada 50 orang.

Terbaru pengkaji di Pusat Sains Kehidupan Universiti Peking dan Institut Pasteur dari Shanghai, telah mendapati virus merbahaya ini telah berkembang menjadi dua keturunan – yang digelar jenis ‘L’ dan ‘S’.

Penemuan terbaharu ini semestinya boleh menghalang kerja-kerja mencipta vaksin yang sedang berjalan di seluruh dunia.

Memetik Fortune,  jenis ‘S’, yang lebih tua kelihatan lebih ringan dan kurang merebak, manakala jenis ‘L’ yang sudah menyumbang sekitar 70% agak merbahaya kerana ianya tersebar dengan cepat dan paling banyak di temui di Wuhan, tempat bermula nya wabak ini.

Namun kekekerapan jangakitan jenis L dilihat semakin berkurangan sejak langkah-langkah pencegahan bermula awal tahun ini.

“Jenis L lebih lazim di peringkat awal wabak di Wuhan, kekerapan jenis L menurun selepas awal Januari 2020,” kata mereka.

“Campur tangan manusia mungkin akan meletakkan lebih banyak tekanan kepada jenis L, yang mungkin akan jadi lebih agresif dan tersebar dengan lebih cepat.”

Merasakan dua jenis yang berbeza ini akan terus menyerang dengan lebih banyak pada masa akan datang, para penyelidik di sini menggesa semua komuniti saintis untuk bersatu dalam menghentikan penyebaran wabak ini.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.