fbpx
Now Reading
Disyaki Pukul Anak Angkat, Aliff Syukri Bebas Dengan Jaminan polis

Disyaki Pukul Anak Angkat, Aliff Syukri Bebas Dengan Jaminan polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini kami ada melaporkan yang akaun instagram usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri ‘diserang’ netizen kerana ramai mengaitkannya dengan berita mengenai seorang usahawan kosmetik yang disyaki memukul anak angkatnya

Baca artikel berkaitan : Usawahan Kosmetik Disyaki Pukul Anak Angkat

Baca artikel berkaitan : Disyaki Pukul Anak Angkat IG Aliff Syukri diserang Netizen

Terbaru Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa polis telah pun menahan Aliff bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dia mendera anak angkat perempuannya berusia dua tahun semalam.

Aliff bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis, pada hari sama sebaik siasatan ke atasnya selesai dijalankan.

“Tangkapan dibuat ke atas Datuk Aliff, semalam.

“Siasatan dijalankan dan dia dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

Terdahulu Fadzil dalam satu kenyataan, mengesahkan pihaknya ada menerima satu laporan polis daripada pembantu rumah Aliff, pada hari Sabtu lalu.

Menerusi laporan itu, pengadu iaitu pembantu rumah Aliff yang berasal dari Indonesia memaklumkan Aliff telah mendera anak angkat perempuannya, Ameena yang berusia dua tahun.

Menurut Fadzil, polis kini sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan mereka akan memanggil saksi yang ada kaitan dengan kes berkenaan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.