4 Menteri Kanan Ganti TPM, CEO CIMB dan Mufti Wilayah Turut Dilantik Menteri Kabinet
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kabinet kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyaksikan tiada ahli parlimen yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, sebaliknya memilih empat orang ahli parlimen sebagai menteri kanan.
4 menteri kanan yang dimaksudkan adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Pertahanan), Datuk Seri Fadillah Yusof ( Menteri Kerja Raya) Mohd Radzi Md Jidin ( Menteri Pendidikan)
Keempat mereka akan bertanggungjawab membantu Perdana Menteri menyelaras hal ehwal Kabinet berkaitan bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.
Selain itu yang menarik perhatian adalah pelantikan dua ikon bukan ahli politik iaitu CEO CIMB, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang akan dilantik sebagai Menteri Kewangan dan Mufti Wilayah Persekutuan , Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai Menteri Hal Ehwal Agama
Kedua mereka akan dilantik menjadi senator terlebih dahulu sebelum dilantik mengangotai kabinet baharu.
“Kami akan melantik CEO CIMB sebagai senator, beliau seorang yang hebat,” kata Muhyiddin.