fbpx
Now Reading
Covid-19: Malaysia Catat 190 Kes Baru, Kini Tertinggi di Asia Tenggara

Covid-19: Malaysia Catat 190 Kes Baru, Kini Tertinggi di Asia Tenggara

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

190 kes Covid baharu dilaporkan hari ini, jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan dalam tempoh sehari.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba dalam satu kenyatan berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 kini meningkat menjadi 428 orang

“Siasatan awal mendapati kebanyakan kes baharu itu berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur.

“Kita akan terus melakukan siasatan dan pengesanan peserta perhimpunan tabligh.

“Justeru itu, kita menyeru sekali lagi peserta terbabit supaya tampil dan menghubungi pejabat kesihatan daerah segera,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Susulan dari angkat baharu tersebut kini menjadi negara tertinggi di Asia Tenggara dengan sembilan kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Tambah Dr Ahmad lagi  KKM menyeru peserta perhimpunan tabligh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan selanjutnya.

“Peserta perhimpunan tabligh akan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk tempoh 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.

“Begitu juga untuk kontak rapat kes positif Covid-19, Pesakit Dalam Siasatan (PUI) yang tidak mematuhi kriteria kemasukan ke hospital, mereka perlu diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian,” katanya.

Sebelum ini, seramai 4,942 peserta menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling berjaya dikenal pasti.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.