fbpx
Now Reading
Kerajaan Laksana Perintah Kawalan Pergerakan 14 Hari, Ikuti Teks Penuh Perutusan Khas PM Mengenai Covid-19

Kerajaan Laksana Perintah Kawalan Pergerakan 14 Hari, Ikuti Teks Penuh Perutusan Khas PM Mengenai Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu ini, 18 Mac sehingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perintah kawalan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.:

Katanya, perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi enam perkara iaitu :

  1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan
  2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.
  3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara
  4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
  5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara
  6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Ikuti teks penuh Perutusan khas YAB Perdana Menteri Mengenai COVID-19 di bawah:

Tontoni video ucapan penuh di bawah :

Pengumuman Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Pengumuman Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Posted by BuzzKini on Monday, March 16, 2020

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.