fbpx
Now Reading
Covid-19 : Dua Kematian Pertama Di Malaysia

Covid-19 : Dua Kematian Pertama Di Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malaysia harini ini mencatatkan dua kes kematian akibat koronavirus (Covid-19)

Korban pertama merupakan seorang paderi daripada Gereja Baptis Emmanuel, Kuching, Sarawak yang berusia 60 tahun. Mendiang yang merupakan kes ke-358 disahkan meninggal dunia 11 pagi tadi di Hospital Umum Sarawak di Kuching.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak menerusi satu kenyataan memaklumkan, Jabatan Kesihatan Negeri dalam proses mengenalpasti kontak rapat mangsa setakat hari ini.

“Seramai 193 kontak rapat mangsa sedang dikesan dan diarahkan menjalani kuarantin.

“Sarawak merekodkan 11 kes baharu hari ini dan enam daripadanya dari Kuching, tiga dari Limbang dan masing-masing seorang dari Betong dan Lawas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kesemua mereka kini dirawat di Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu dan Hospital Miri.

“Sebanyak 35 orang diletakkan di bawah pesakit pengesanan kes yang disyaki (PUI) manakala 204 pesakit masih lagi menunggu keputusan ujian darah.

“Setakat ini, 45 kes Covid-19 di Sarawak di kesan di bawah empat kluster iaitu kluster Sri Petaling, Gereja Kuching, Sarikei dan satu di Kuching,” katanya.

Korban kedua pula melibatkan kes ke-178, lelaki warga Malaysia berumur 34 thn yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

Menerusi Twitter , KKM memaklumkan beliau bergejala mulai 5 Mac & dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac selepas positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disah meninggal dunia hari ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.