fbpx
Now Reading
Penumpang Bas PlusLiner (VDJ 2367) dari JB ke Kuantan 16 Mac 2020 Di Cari!

Penumpang Bas PlusLiner (VDJ 2367) dari JB ke Kuantan 16 Mac 2020 Di Cari!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 dan berita baru di Malaysia di sini atau copy dan paste link di sini ke peranti anda https://t.me/buzzkini

Pejabat Kesihatan Kuantan hari ini menggesa semua penumpang bas Plusliner pendaftaran VDJ 2367, dari Terminal Larkin Sentral, Johor Bharu menuju ke Stesen Bas Endau, Mersing dan ke Terminal Sentral Kuantan, pada hari Isnin, 16 Mac 2020 untuk menghubungi bilik operasi mereka untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

Pengumuman penting ini turut di war-warkan menerusi laman facebook Promosi PKD Kuantan kira-kira beberapa jam lalu.

“Mohon semua penumpang bas ekspres Plusliner dengan nombor pendaftaran VDJ 2367, dari Terminal Larkin Sentral, Johor Bharu menuju ke Stesen Bas Endau, Mersing dan ke Terminal Sentral Kuantan, pada hari Isnin, 16 Mac 2020, yang bertolak pada jam 7.45 malam, untuk segera menghubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan di talian 09 – 565 9213 dari jam 8.00 pagi – 10.00 malam:

Ini ekoran seorang penumpang bas berkenaan disahkan positif Covid-19 oleh pasukan perubatan di Johor Bahru, tetapi tidak mengkuarantinkan dirinya.

Menurut Pejabat Kesihatan Kuantan, pesakit terbabit menaiki bas ekspres Plusliner bernombor pendaftaran VDJ 2367 dari Larkin Sentral, Johor Bahru ke Terminal Sentral Kuantan pada 7.45 malam 16 Mac lalu, sebelum perintah kawalan pergerakan mula dikuatkuasakan semalam.

Kerjasama anda semua amat dihargai! Mohon sebarkan dan war-warkan kepada semua ye!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.