fbpx
Now Reading
Covid-19 : Jack Ma dan Alibaba Sumbang 2 Juta Topeng Muka Untuk Malaysia dan 3 Negara Asean

Covid-19 : Jack Ma dan Alibaba Sumbang 2 Juta Topeng Muka Untuk Malaysia dan 3 Negara Asean

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Yayasan milik Jack Ma, jutawan terkenal China iaitu Jack Ma Foundation dan Alibaba Foundation semalam mengumumkan akan menyumbang bekalan perubatan ke Malaysia dan tiga lagi negara di Asia Tenggara susulan dari wabak Covid-19

Menerusi satu kenyataan di Twitter , Jack Ma Foundation memaklumkan yang mereka akan menghantar sejumlah 2 juta topeng muka, 150,000 kit ujian, 200,000 sut perlindungan dan 20,000 penutup muka ke Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand.

“Kita bergabung tenaga dengan negara jiran di Asia untuk melawan Covid-19,”

Kami dan Alibaba Foundation akan menyumbangkan 2 juta topeng muka , 150 ribu kit ujian , 20 ribu suit pelindung, dan 20 ribu pelindung muka kepad Indonesia Malaysia, Filipina dan Thailand

“Lebih banyak bantuan akan disalurkan kepada negara Asia yang lain! Go Asia,” tulis yayasan tersebut.

Memetik laporan Malaysia Kini, yayasan berkenaan sudah menghubungi kerajaan-kerajaan ini termasuk kerajaan Malaysia semalam.

“Yayasan ini telah menghubungi kerajaan Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina dan mencadangkan pemberian sumbangan bekalan perubatan.

“Matlamat yayasan ini adalah untuk membantu memerangi virus Covid-19 di negara-negara tersebut, dengan lebih banyak sokongan daripada negara jiran yang akan menyusul.

Setakat artikel ini ditulis, negara kita telah mencatatkan 900 kes positif koronavirus dengan 2 angka korban menjadikan Malaysia negara tertinggi dijangkiti wabak ini manakala Indonesia mencatatkan kematian terbanyak di Asia Tenggara dengan angka korban sebanyak 25 orang diikuti Filipina dengan 17 kematian.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.