fbpx
Now Reading
KP Kesihatan Sahkan 12 Petugas KKM Positif Covid-19

KP Kesihatan Sahkan 12 Petugas KKM Positif Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/DGHisham/posts/3146527595371107

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan 12 petugas Kementerian Kesihatan Malaysia telah dijangkiti koranavirus baharu (Covid-19) dengan seorang dari mereka ini dalam unit rawatan rapi (ICU)

Selain mereka, tiga lagi petugas kesihatan dari sektor swasta turut dijangkiti wabak itu, yang sehingga kini telah mengorbankan dua nyawa di negara ini.

“Virus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda, tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan medan perang ini.

“Pesanan ringkas kami kepada orang ramai pada hari ini: Bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook beliau.

Setakat 12 tengah hari semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengumukan sebanyak 110 pertambahan kes positif COVID-19 dicatatkan,  dimana 63 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling manakala 47 kes lagi adalah dari kluster kecil menjadikan jumlah kes positif  COVID-19 adalah sebanyak 900 kes.

Terdahulu viral di media sosial gabar-gambar para petugas baris hadapan (frontliner) , bersama papan nota meminta orang ramai untuk dudul di rumah sementara mereka menjalankan tugas dalam menangani wabak Covid-19 yang semakin meruncing

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.