fbpx
Now Reading
Covid-19 : 6 Anggota PDRM Positif, 335 Sedang Tunggu Keputusan

Covid-19 : 6 Anggota PDRM Positif, 335 Sedang Tunggu Keputusan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador hari mengesahkan enam anggotanya telah disahkan positif COVID-19 sewaktu menjalankan tugas di seluruh negara.

Memetik Awani, Abdul Hamid turut memaklumkan seramai 335 ahli keluarga PDRM sedang menunggu keputusan selepas menjalani saringan kesihatan COVID-19 .

“Penjelasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu begitu jelas menunjukkan bahaya ini bukan satu lakonan, ianya realistik boleh menjangkiti setiap warga PDRM. Ketika ini sudah enam orang positif dan ada 335 keluarga PDRM dibawah Patient Under Investigation (PUI). PDRM terpaksa mengambil risiko sehingga hari ini,” katanya dalam temubual khas bersama portal berita terbabit.

Tambah KPN lagi, meskipun pasukannya kini berdepan risiko tinggi ekoran penularan wabak maut ini, pengurusan tertinggi PDRM sentiasa memberi semangat kepada anggota mereka.  Dalam masa sama, beliau turut menegur sikap segelintir masyarakat yang masih lagi melanggar arahan dengan keluar dari kediaman mereka

“Saya teruskan mesyuarat harian pagi dan petang bersama Timbalan Ketua Polis Negara dan 10 pengarah tertinggi PDRM, kami ada lakukan tele-sidang bersama 14 kontinjen yang ada. Kita sampaikan pesanan dan galakan kepada semua warga PDRM yang bertugas tentang keperluan mereka sentiasa berhemah dan kawal emosi

“Saya percaya ini terus berlaku tetapi dalam jumlah yang kecil seperti kejadian dimana masih kedapatan sekumpulan orang yang masih menjalankan aktiviti bersenam jadi kita terus tidak putus asa masih lagi dalam tahap mahu menyedarkan, memujuk rayu, berbagai taktik dan teknik digunakan petugas PDRM,

Tonton video temubual tersebut di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.