fbpx
Now Reading
Covid-19 : Ibu dan Anak Korban ke 5 dan 6 Di Malaysia

Covid-19 : Ibu dan Anak Korban ke 5 dan 6 Di Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/jknsarawak/posts/3662871023784538?__xts__%5B0%5D=68.ARD4x9Kp5DD3zKRn_JzZgeyh2Qy8fYzfnAP47RZ00LYj8l5QB_5ANWIPzSfNHyjjEagayrBD5cEdyMLnbGFmKkvUx_maofz66hdQlwhXN6Gs-RyDKD8q77LZnc9xW_Z5E3YdEt-VQe5kOfx16d52PIwY1p3CzS6bSCbbyPKHEgI0kwnncdX_41Qx1z5BD83Uf56FO6421z_AblhFQ9s7vWBpwb-hPqxCz6RYkGd4GO8jCpyMuLrOjFjHTGPYqiSqfMQjDPgeMZJqTNVT9iHMgOssqEDiEM7xs4VR5C0yHReK18tqTJIaBXUKHe7WJ-wYHpJxSZTHgAyAnfY9nOUuOfoVk3YVBjuzs-lYjAuzAuxJweOrXhcO1oZIKeP8Skiq4IxQ28hCP4lr3MKwH4JxFvAzmC-dGlW5bIguAmFhUvViX7gCR6lHO9I5yXUI97nEwMXJeJv83Cpgfzs5NYq8nVdRTCgK7xfmL6Xk0EKx0jEuSjhdM2rFbbGfkg&__tn__=-R

Tidak sampai sejam pengumuman kematian ke 4 di Malaysia ekoran Covid-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, terbaru Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaporkan seorang ibu dan anak perempuannya turut menjadi mangsa korban virus maut tersebut di Malaysia.

Memetik Harian Metro, ini menjadikan jumlah mangsa terkorban di negara kita meningkat kepada enam orang

Dalam kenyataannya, JPBNS menjelaskan si ibu dan anak perempuannya masing-masing berusia 79 dan 40 tahun.

Katanya, mangsa pertama keluarga itu meninggal dunia pada 2 pagi pada Rabu lalu (18 Mac), manakala mangsa kedua meninggal pada 1 petang, hari ini.

“Seorang lagi ahli keluarga ini masih dalam rawatan di Hospital Umum Sarawak di Kuching dan memerlukan bantuan pernafasan mekanikal.

“Pelaporan kes kematian yang pertama akibat Covid-19 dari keluarga ini lambat diterima dari hospital swasta yang merawat kes kerana menunggu keputusan ujian makmal yang dihantar ke makmal swasta di Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan itu, hari ini.

Sarawak hari ini mencatatkan pertambahan 10 lagi kes baharu Positif Covid-19, menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 68 kes sejak pertama dilaporkan pada 13 Mac.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.