fbpx
Now Reading
Covid-19 : Kematian ke 4 Malaysia

Covid-19 : Kematian ke 4 Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Satu lagi kematian dilaporkan pada hari melibatkan seorang lagi jemaah tabligh berusia 50 tahun dari Melaka yang telah disahkan meninggal dunia pada 1.30 pagi hari ini.

Kematian terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan maut akibat Covid-19 di Malaysia adalah empat orang

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia jam 1.30 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

“Pesakit kes ke-238 itu adalah daripada kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Mangsa dimasukkan ke hospital pada 12 Mac dengan gejala Severe Acute Respiratory Infection.

“Mangsa diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima kemasukan di wad isolasi dan ketika dalam penjagaan di ICU. Kesihatannya merosot dan disahkan meninggal dunia awal pagi tadi,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.